MELAKA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan menerima ijazah kehormat pada Majlis Konvokesyen kelima Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 3 Oktober ini.
Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, Dr. Mahathir akan menerima ijazah kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi manakala Dr. Siti Hasmah pula dianugerahkan Doktor Pembangunan Komuniti.
Menurut beliau, pemilihan Dr. Mahathir sebagai penerima anugerah khas itu mengambil kira jasa bekas Perdana Menteri itu dalam bidang pendidikan di negara ini.
Selain itu, katanya, penganugerahan itu juga sebagai penghargaan tertinggi universiti itu kepada Dr. Mahathir yang banyak berjasa ketika menerajui Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.
''Beliau adalah tokoh yang tidak pernah berputus asa membangunkan negara selain meningkatkan pencapaian bidang pendidikan.
''Usaha beliau telah membolehkan rakyat mengecapi pelbagai kejayaan di bidang ekonomi, pembangunan dan perindustrian sehinggakan Malaysia bukan sahaja diiktiraf di negara ini, malah disanjung dunia luar," katanya pada sidang akhbar di UTeM, Durian Tunggal, dekat sini hari ini.
Menurut Dr. Ahmad Yusoff, majlis konvokesyen itu akan disempurnakan oleh Canselor UTeM, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Konvokesyen tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober itu menyaksikan 1,591 graduan daripada pelbagai fakulti menerima sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma selain tiga penerima anugerah Doktor Falsafah.
Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan jumlah graduan yang berjaya menamatkan sesi pengajian seramai 1,442 orang.
Saturday, October 3, 2009
Tuesday, September 15, 2009
UTeM MENERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN MENTERI REPUBLIC OF NAMIBIA
| Pada Khamis, 25 Jun 2009, UTeM telah menerima kunjungan Hon. Pohamba P. Shifeta (M.P) Timbalan Menteri Belia, Perkhidmatan Negara, Sukan dan Belia. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pendidikan dan kursus yang diadakan di UTeM. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah telah menerima lawatan ini dan menyampaikan taklimat berkenaan pembangunan kampus, akademik dan penyelidikan. Timbalan Menteri Namibia yang diiringi oleh empat delegasi kanan Kerajaan Republic of Namibia sangat berminat dengan kursus kejuruteraan elektrik, komputer dan teknologi maklumat. Beliau berhajat untuk menghantar beberapa pegawai di peringkat pelaksanaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dan amat berharap UTeM dapat membantu beberapa universiti di Namibia. Timbalan Menteri juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan dan turut mengadakan perbincangan dengan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pihak UTeM berharap lawatan ini akan menjadi permulaan kerjasama antara Republic of Namibia dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. |
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)