Tanggal 2 Januari 2010, GPMS Cawangan Khas UTeM telah menghantar beberapa orang ahli untuk mengikuti Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM) bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. 1500 orang perwakilan telah hadir untuk menjayakan KONMAM 2010 yang terdiri daripada perwakilan dari universiti seluruh negara dan perwakilan dari UMT sendiri. Buat julung kalinya GPMS UMT berjaya melaksanakan program pelajar dengan jayanya. Konvensyen ini dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof Dr. Aziz Bin Deraman, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Majlis peramian ini diserikan lagi dengan simbolik Keris Panji Bangsa yang merupakan lambang kemegahan masyarakat Melayu.