KONVENSYEN MAHASISWA MELAYU (KONMAM 2010)

          Tanggal 2 Januari 2010, GPMS Cawangan Khas UTeM telah menghantar beberapa orang ahli untuk mengikuti Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM) bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. 1500 orang perwakilan telah hadir untuk menjayakan KONMAM 2010 yang terdiri daripada perwakilan dari universiti seluruh negara dan perwakilan dari UMT sendiri. Buat julung kalinya GPMS UMT berjaya melaksanakan program pelajar dengan jayanya. Konvensyen ini dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof Dr. Aziz Bin Deraman, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Majlis peramian ini diserikan lagi dengan simbolik Keris Panji Bangsa yang merupakan lambang kemegahan masyarakat Melayu.

             Majlis diteruskan lagi dengan Wacana I "PENCAPAIAN MAHASISWA MELAYU SATU TINJUAN DI IPTA" yang telah di bentangkan oleh Y. Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj Hamid, Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Utara Malaysia. Isu-isu yang di kupas dan dibincangkan berdasarkan pencapaian mahasiswa Melayu di IPTA ini telah membuka minda mahasiswa dan mahasiswi supaya sedar akan senario yang berlaku pada hari ini. Mahasiswa seharusnya memandang perkara sebagai satu cabaran yang harus digalas untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan Mahasiswa Melayu.

                 Wacana II: "POLITIK MAHASISWA: KE MANA ARAHNYA?" yang dibentangkan oleh Y.B Datuk Paduka Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas & Presiden PERKASA) memukau setiap perwakilan yang hadir dengan gaya penyampaian dan intonasi yang begitu menarik perhatian para perwakilan. Pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh pemimpin berjiwa Melayu yang begitu bersemangat ini telah menjadi titik tolak kepada perwakilan yang hadir untuk terus aktif menjadi aktivis mahasiswa. Suara mahasiswa merupakan suara kepimpinan negara pada masa hadapan.

                    Tepat pukul 11.45 pagi, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)bersama isteri Y.A.B Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (Pengasas GPMS) telah tiba di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu untuk menyampaikan ucaptama dalam WACANA PERDANA:"MAHASISWA MELAYU:CABARAN DAN MASA DEPAN". Dengan nada yang tenang serta dicampur dengan gurau senda daripada Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelbagai padangan dan nasihat telah disampaikan kepada para perwakilan terutamanya mahasiswa dan mahasiswi dalam usaha menongkah arus cabaran di masa hadapan. Intipati utama dalam ucaptama Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan masyrakat Melayu pada masa kini terlalu mengutamakan adat yang dapat menjadi faktor maju mundur sesebuah bangsa itu.

                     Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM 2010) melabuhkan tirai kira-kira pada pukul 2.00 petang. Pihak GPMS UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM 2010).




PENGHARGAAN
Terima kasih diucapkan kepada GPMS cawangan khas Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas jemputan mereka ke Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM) yang pertama kalinya diadakan di Terengganu. Konvensyen ini bukan sahaja memberi kesan dalam minda remaja ketika ini, namun boleh mampu menarik minat remaja untuk cenderung kea rah mempertahankan bangsa sendiri. Tahniah diucapkan.
Terima kasih diucapkan kepada Universiti Darul Iman (UDM) Terengganu atas kesudiaan pihak universiti ini memberi tempat berteduh kepada kami selama satu malam. Jasa baik dari universiti ini akan terus dikenang. Terima kasih.



Gambar~








“BELAJAR TERUS BELAJAR”

Laporan Asal Desediakan oleh:-
Wan Nurulasyikin bt Selipol Bahari
Timbalan Setiausaha
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Cawangan Khas UTeM




~UPLOADED BY SYAERAN:-
(EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)

0 comments:

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Relaxkan Minda~

Search This Blog

About this blog

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah MelayuSEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuanSEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsaSEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kamiBERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Profil GPMS UTeM

My photo
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) or Technical University of Malaysia Malacca is a public university located in Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. It is the pioneer in the use of the "Practice and Application Oriented" teaching and learning method for tertiary level technical education in Malaysia. The programmes offered are tailored with input from industry in order to create graduates that match the demands of the industry.

online chat