Erti sebuah kejayaan dan kegagalan.

Kata orang, “gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya”… kata bijak pandai pula, ” kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan”.Orang juga percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yang saling bertentangan - sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam erti kata lain, mana mungkin orang yang gagal dianggap orang yang berjaya. Begitu juga dikatakan, sesuatu yang betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah. Benarkah begitu? Sebenarnya, baik kejayaan mahupun kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya adalah dua aspek proses yang sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalanNamun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. John C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.

UTeM hargai jasa Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah

MELAKA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan menerima ijazah kehormat pada Majlis Konvokesyen kelima Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 3 Oktober ini.
Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, Dr. Mahathir akan menerima ijazah kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi manakala Dr. Siti Hasmah pula dianugerahkan Doktor Pembangunan Komuniti.
Menurut beliau, pemilihan Dr. Mahathir sebagai penerima anugerah khas itu mengambil kira jasa bekas Perdana Menteri itu dalam bidang pendidikan di negara ini.
Selain itu, katanya, penganugerahan itu juga sebagai penghargaan tertinggi universiti itu kepada Dr. Mahathir yang banyak berjasa ketika menerajui Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.
''Beliau adalah tokoh yang tidak pernah berputus asa membangunkan negara selain meningkatkan pencapaian bidang pendidikan.

UTeM MENERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN MENTERI REPUBLIC OF NAMIBIA



              Pada Khamis, 25 Jun 2009, UTeM telah menerima kunjungan Hon. Pohamba P. Shifeta (M.P) Timbalan Menteri Belia, Perkhidmatan Negara, Sukan dan Belia.  Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pendidikan dan kursus yang diadakan di UTeM.  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah telah menerima lawatan ini dan menyampaikan taklimat berkenaan pembangunan kampus, akademik dan penyelidikan.  Timbalan Menteri Namibia yang diiringi oleh empat delegasi kanan Kerajaan Republic of Namibia sangat berminat dengan kursus kejuruteraan elektrik, komputer dan teknologi maklumat.  Beliau berhajat untuk menghantar beberapa pegawai di peringkat pelaksanaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dan amat berharap UTeM dapat membantu beberapa universiti di Namibia.  Timbalan Menteri juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan dan turut mengadakan perbincangan dengan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.  Pihak UTeM berharap lawatan ini akan menjadi permulaan kerjasama antara Republic of Namibia dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Relaxkan Minda~

Search This Blog

About this blog

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah MelayuSEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuanSEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsaSEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kamiBERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Profil GPMS UTeM

My photo
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) or Technical University of Malaysia Malacca is a public university located in Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. It is the pioneer in the use of the "Practice and Application Oriented" teaching and learning method for tertiary level technical education in Malaysia. The programmes offered are tailored with input from industry in order to create graduates that match the demands of the industry.

online chat