Erti sebuah kejayaan dan kegagalan.

Kata orang, “gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya”… kata bijak pandai pula, ” kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan”.Orang juga percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yang saling bertentangan - sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam erti kata lain, mana mungkin orang yang gagal dianggap orang yang berjaya. Begitu juga dikatakan, sesuatu yang betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah. Benarkah begitu? Sebenarnya, baik kejayaan mahupun kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya adalah dua aspek proses yang sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalanNamun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. John C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.


Tiga bentuk tindakbalas individu terhadap kegagalan:-

a) Sikap individu yang membiarkan sahaja kegagalan yang menimpa dirinya. Hal ini akan menyebabkan dirinya mengalami situasi yang lebih parah.

b) Individu yang bersikap tidak mahu menerima kegagalan yang melanda dirinya itu. Individu ini selalunya lebih menyalahkan orang lain kerana pihak itu meyebabkan kegagalan itu.

c) Akhir sekali, individu yang menerima kegagalan itu dan seterusnya terus bangkit semula serta belajar dari kegagalan itu. Sikap ini harus dipuji kerana ia dilihat sebagai turning point dalam hidup mereka untuk berjaya.

Sebagai kesimpulannya, bangkit dari kegagalan merupakan usaha individu tersebut untuk bangkit dari permasalahan dengan lebih bersemangat dan bertenaga secara bijaksana. Keupayaan ini merangkumi kekuatan fizikal, mental dan sosiologi bagi mengadaptasi kegagalan

1 comments:

blueberryyogurt March 15, 2010 at 1:28 PM  

Tanpa kegagalan yang datang, mungkin ramai anak melayu yang lupa diri. Tanpa kegagalan, segala kesilapan yang dilakukan tidak mudah untuk dilihat. Setiap orang yang berjaya, pasti ada kegagalan yang telah ditempuhi.. Kadang-kadang Allah juga mengutuskan kegagalan sementara untuk umatnya untuk menjadi lebih tabah agar mendakap kejayaan selamanya. Maka terimalah kegagalan dengan hati yang terbuka agar kejayaan akan menyusul dengan usaha..Amin~

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Relaxkan Minda~

Search This Blog

About this blog

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah MelayuSEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuanSEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsaSEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kamiBERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Profil GPMS UTeM

My photo
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) or Technical University of Malaysia Malacca is a public university located in Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. It is the pioneer in the use of the "Practice and Application Oriented" teaching and learning method for tertiary level technical education in Malaysia. The programmes offered are tailored with input from industry in order to create graduates that match the demands of the industry.

online chat