SEMINAR KECEMERLANGAN SAINS UPSR 2010


27 Februari 2010- Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM), satu Seminar Kecemerlangan Sains UPSR 2010 telah dilaksanakan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UTeM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Jabatan Pelajaran Melaka. Seminar ini telah disertai oleh pelajar dari 5 buah sekolah. Sekolah tersebut adalah Sek. Keb. Durian Tunggal, Sek. Keb. Belimbing Dalam, Sek. Keb. Selandar, Sek. Keb. Arab (JAIM) Selandar, dan Sek. Keb. Bukit Senggeh. Seramai 100 pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan; Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Sederhana. 4 orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan teknik untuk menjawab kertas Sains dengan baik. Objektif pelaksanaan seminar ini adalah untuk membantu adik-adik pelajar yang akan menduduki UPSR supaya lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


            Majlis penutup dijalankan di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada jam 1 petang. Majlis disempurnakan oleh En. Zulhijri bin Sabtu, Penolong Pengarah (Bimbingan dan Kaunseling) Jabatan Pelajaran Melaka. Sijil penyertaan dan cenderahati untuk pihak sekolah telah disampaikan oleh beliau. Seterusnya diikuti pula dengan penyampaian cenderahati kepada En. Zulhijri selaku perasmi majlis oleh Suhaimi bin Mat Din, pengarah program Seminar Kecemerlangan Sains UPSR 2010.

            Selain itu, mahasiswa GPMS UTeM dapat mendekati masyarakat luar untuk lebih bersikap saling membantu dan sentiasa mempunyai kesedaran untuk membantu orang yang lebih memerlukan. Seminar yang dilaksanakan tidak tertumpu pada seminar Sains semata-mata, malah adik-adik yang dijemput dilayan dan dianggap seperti adik angkat bagi ahli jawatankuasa pelaksana seminar. Dengan ini, hubungan antara GPMS Caw. Khas UTeM dan pihak sekolah dapat didekatkan. Semoga seminar ini dapat meningkatkan keyakinan adik-adik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan. 

Gambar~







“BELAJAR TERUS BELAJAR”

Laporan Asal Desediakan oleh:-
Nurulain Binti Mohd Raus
Setiausaha
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Cawangan Khas UTeM




~UPLOADED BY SYAERAN:-
(EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)

3 comments:

NeverNay March 13, 2010 at 11:43 PM  

tahniah atas pelaksanaan program ni. harap selepas ni dapat dilaksanakan lagi dan melibatkan mahasiswa/i UTeM pula. insyaAllah.. =)

NeverNay March 13, 2010 at 11:44 PM  

tahniah atas pelaksanaan program ni. harap selepas ni dapat dilaksanakan lagi dan melibatkan mahasiswa/i UTeM pula. insyaAllah.. =)

blueberryyogurt March 15, 2010 at 1:20 PM  

program yang hanya memakan masa selama setengah ari ni mampu memberi impak yang tinggi budak adik-adik tu jika mereka memahami ape objektif dan matlamat yang ingin dipertengahkan..insyaAllah kite try bwt untuk budak utem plak satu ari nanti n compare yang mane mempunyai kesedaran yang tinggi...adik2 kew atau abg dan kakak ye...ngeee

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Relaxkan Minda~

Search This Blog

About this blog

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah MelayuSEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuanSEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsaSEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kamiBERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Profil GPMS UTeM

My photo
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) or Technical University of Malaysia Malacca is a public university located in Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. It is the pioneer in the use of the "Practice and Application Oriented" teaching and learning method for tertiary level technical education in Malaysia. The programmes offered are tailored with input from industry in order to create graduates that match the demands of the industry.

online chat