27 Februari 2010- Bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM), satu Seminar Kecemerlangan Sains UPSR 2010 telah dilaksanakan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UTeM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Jabatan Pelajaran Melaka. Seminar ini telah disertai oleh pelajar dari 5 buah sekolah. Sekolah tersebut adalah Sek. Keb. Durian Tunggal, Sek. Keb. Belimbing Dalam, Sek. Keb. Selandar, Sek. Keb. Arab (JAIM) Selandar, dan Sek. Keb. Bukit Senggeh. Seramai 100 pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan; Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Sederhana. 4 orang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan teknik untuk menjawab kertas Sains dengan baik. Objektif pelaksanaan seminar ini adalah untuk membantu adik-adik pelajar yang akan menduduki UPSR supaya lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Majlis penutup dijalankan di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada jam 1 petang. Majlis disempurnakan oleh En. Zulhijri bin Sabtu, Penolong Pengarah (Bimbingan dan Kaunseling) Jabatan Pelajaran Melaka. Sijil penyertaan dan cenderahati untuk pihak sekolah telah disampaikan oleh beliau. Seterusnya diikuti pula dengan penyampaian cenderahati kepada En. Zulhijri selaku perasmi majlis oleh Suhaimi bin Mat Din, pengarah program Seminar Kecemerlangan Sains UPSR 2010.
Selain itu, mahasiswa GPMS UTeM dapat mendekati masyarakat luar untuk lebih bersikap saling membantu dan sentiasa mempunyai kesedaran untuk membantu orang yang lebih memerlukan. Seminar yang dilaksanakan tidak tertumpu pada seminar Sains semata-mata, malah adik-adik yang dijemput dilayan dan dianggap seperti adik angkat bagi ahli jawatankuasa pelaksana seminar. Dengan ini, hubungan antara GPMS Caw. Khas UTeM dan pihak sekolah dapat didekatkan. Semoga seminar ini dapat meningkatkan keyakinan adik-adik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan.
Gambar~
“BELAJAR TERUS BELAJAR”
Laporan Asal Desediakan oleh:-
Nurulain Binti Mohd Raus
Setiausaha
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Cawangan Khas UTeM
~UPLOADED BY SYAERAN:-
(EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)
~UPLOADED BY SYAERAN:-
(EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)
3 comments:
tahniah atas pelaksanaan program ni. harap selepas ni dapat dilaksanakan lagi dan melibatkan mahasiswa/i UTeM pula. insyaAllah.. =)
tahniah atas pelaksanaan program ni. harap selepas ni dapat dilaksanakan lagi dan melibatkan mahasiswa/i UTeM pula. insyaAllah.. =)
program yang hanya memakan masa selama setengah ari ni mampu memberi impak yang tinggi budak adik-adik tu jika mereka memahami ape objektif dan matlamat yang ingin dipertengahkan..insyaAllah kite try bwt untuk budak utem plak satu ari nanti n compare yang mane mempunyai kesedaran yang tinggi...adik2 kew atau abg dan kakak ye...ngeee
Post a Comment