KEMPEN MENGUMPUL SEJUTA TANDATANGAN MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN.

PERSEDIAAN:

 Perjumpaan pertama:
Tarikh  : 5 Januari 2010 (Selasa)
Masa    : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat: Pusat Persatuan Pelajar UTeM

Perjumpaan ini dimulai dengan bacaan doa sebaik sahaja semua ahli yang terlibat hadir. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan berhubung program yang akan dilangsungkan pada hari Jumaat nanti. Antara perkara yang dibincangkan adalah bidang tugas yang harus dilaksanakan oleh setiap ahli, antaranya:
1)      Surat jenputan semua persatuan dan kelab.
2)      Persediaan bahan semasa kempen seperti kain rentang, cat dan sebagainya (banner).
3)      Penyediaan kenderaan (bas) di setiap kolej kediaman untuk kemudahan pelajar (biro logistik)
4)      Penyediaan ‘flyers’ (biro publisiti)

Kemudian semua ahli dibahagi mengikut bidang tugas masing-masing. Pembahagian bidang tugas ini sangat penting bagi memastikan kempen ini berjaya dan tidak ada sebarang masalh yang timbul.

Sebelum perjumpaan ini tamat, segala persoalan atau idea yang bernas untuk dikongsi oleh setiap ahli. Hal ini mampu mengelakkan kekeliruan pada setiap ahli. Perjumpaan tamat pada pukul 10.00 malam dan semua ahli bersurai.


Perjumpaan kedua (Penyediaan banner kempen):
Tarikh  : 7 Januari 2010 (Khamis)
Masa    : 8.00 malam – 12.30 malam
Tempat: Pusat Persatuaan Pelajar UTeM

              Untuk pengetahuan, perjumpaan kali ini telah melibatkan pelajar yang ikhlas membantu ahli-ahli gpms dalam penyediaan banner. Kain putih yang dibekalkan dipotong mengikut saiz banner yang telah ditetapkan. Lakaran banner dibuat terlebih dahulu menggunakan pensel sebelum dicat. Kata-kata bantahan yang bersemangat digunakan penting bagi menampakkan penolakan orang Islam kepada penggunaan kalimah Allah kepada agama lain. Semua ahli bekerjasama mengecat banner yang telah dilakar. Banner yang siap dicat, dijemur. Angin yang bertiup kencang pada malam itu membantu dalam proses pengeringan banner. (Bilangan banner: 5 helai)
              Aktitiviti pembersihan tempat dilakukan sebaik sahaja semua banner siap dikeringkan. Perjumpaan tamat pada pukul 12.30 pagi dan semua ahli bersurai.



Kempen Mengumpul Sejuta Tandatangan Membantah Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain
Tarikh  : 8 Januari 2010 (Khamis)
Masa    : 1.30 petang – 3.00 petang
Tempat: Masjid Alami, MiTC.

            Kempen bermula sebaik sahaja solat Jumaat sedang dijalankan. Ahli gpms perempuan bersedia di luar masjid bersama banner yang telah disiapkan. Kain rentang untuk ditandatangai juga turut disediakan.
            Sebaik sahaja solat Jumaat tamat, ahli-ahli gpms lelaki membentangkan kain rentang yang sedia ada. Laungan ‘Allahhu Akbar’ kedengaran beberapa kali sepanjang kempen ini dijalankan bagi menyemarakan lagi perasaan tentangan umat Islam terhadap isu ini. Dalam masa yang sama, ahli-ahli gpms bergerak mengumpul tandatangan melalui boring-borang yang telah disiapkan. Hal ini membantu dalam memperbanyakkan lagi tandatangan sekali gus member kemudahan orang ramai agar tidak tertumpu pada kain rentang sahaja.

            Kempen ini telah dilangsungkan selama 1jam30minit sahaja. Secara keseluruhan, kempen ini telah dianjurkan oleh GPMS Melaka & Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Negeri Melaka. Kempen ini juga telah mendapat kerjasama daripada Gerakan Belia Dakwah 4B, Yayasan Perwira Melaka dan Sekolah Muzaffar Syah. Walaupun kempen ini berbentuk bantahan, namun kempen ini berjalan dalam keadaan aman atas kerjasama pihak polis Melaka dan sikap orang awam itu sendiri. Kempen ini juga tidak dapat dijalankan tanpa persetujuan dan kerjasama ahli jawatan kuasa Masjid Alami MiTC itu sendiri. Kami pihak GPMS cawangan khas UTeM berharap agar ramai orang Islam sedar dan bangun akan keadaan yang telah menimpa ini.

            Pada akhir kempen, ahli-ahli gpms mengambil peluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama banner kain rentang. Kempen ini berakhir pada jam 3.00petang dalam keadaan yang tenang. Walaupun kempen ini dijalankan dalam masa yang singkat, namun kempen ini mampu member inpak positif bukan sahaja kepada ahli gpms sendiri, malah orang awam juga. Bangunlah umat Islam, pertahankan agama kita!! 


Langkah Akhir Kempen (Tindakan)

            Usaha kami belum berakhir lagi. Kami akan memastikan objektif sebenar kempen ini berjaya. Antara tindakan-tindakan akhir yang telah diambil ialah:

Ø      Mengasingkan borang-borang tandatangan yang telah penuh diisi dan masih kosong.
ü      Borang yang masih kosong, akan diedarkan ke kolej kediaman pelajar UTeM sendiri untuk member peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir kempen ini; manakala
ü      Borang yang telah siap diisi dan kain rentang yang telah digunakan untuk tandatangan dikumpulkan  dan diserahkan kepada GPMS Melaka bersama memorandum kempen. GPMS Melaka akan membawa hal ini dipertengahkan  dan segala tandatangan  dan memorandum itu tadi akan diserahkan kepada Majlis-Majlis Raja Melayu.

Ø      Banner-banner yang penuh kata-kata semangat digantung di setiap kolej kediaman bagi menyemarakkan semangat umat Islam untuk terus berjuang mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri.


Gambar~







Laporan Asal Desediakan oleh:-
Wan Nurulasyikin bt Selipol Bahari
Timbalan Setiausaha
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Cawangan Khas UTeM




~UPLOADED BY SYAERAN:-
(EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI)

0 comments:

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Relaxkan Minda~

Search This Blog

About this blog

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah MelayuSEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuanSEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsaSEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kamiBERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

Profil GPMS UTeM

My photo
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) or Technical University of Malaysia Malacca is a public university located in Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. It is the pioneer in the use of the "Practice and Application Oriented" teaching and learning method for tertiary level technical education in Malaysia. The programmes offered are tailored with input from industry in order to create graduates that match the demands of the industry.

online chat