Kata orang, “gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya”… kata bijak pandai pula, ” kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan”.Orang juga percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yang saling bertentangan - sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam erti kata lain, mana mungkin orang yang gagal dianggap orang yang berjaya. Begitu juga dikatakan, sesuatu yang betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah. Benarkah begitu? Sebenarnya, baik kejayaan mahupun kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya adalah dua aspek proses yang sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalanNamun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. John C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.