SEMINAR KECEMERLANGAN SAINS UPSR 2010
Labels: SEMINAR UPSR
KEMPEN MENGUMPUL SEJUTA TANDATANGAN MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN.
Labels: KEMPEN SEJUTA TANDATANGAN
KONVENSYEN MAHASISWA MELAYU (KONMAM 2010)
Labels: KONMAM
PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KE-55
- Taklimat Pengerusi JK Persidangan
- Menerima dan Mengesahkan Korum Persidangan
- Perlantikan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil
- Mengesahkan dan Meluluskan Peringatan Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-54.
- Membentang dan Menerima Laporan Tahunan.
- Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan
Labels: PAT 55 GPMS
Erti sebuah kejayaan dan kegagalan.
Kata orang, “gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya”… kata bijak pandai pula, ” kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan”.Orang juga percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah dua perkara yang saling bertentangan - sesuatu kejayaan tidak mungkin berupa kegagalan, manakala sesuatu kegagalan tidak mungkin merupakan kejayaan. Dalam erti kata lain, mana mungkin orang yang gagal dianggap orang yang berjaya. Begitu juga dikatakan, sesuatu yang betul tidak mungkin dapat diterima sebagai salah. Benarkah begitu? Sebenarnya, baik kejayaan mahupun kegagalan, kedua-duanya tidak saling bertentangan, disebabkan kedua-duanya adalah dua aspek proses yang sama, iaitu daya usaha. Seseorang yg tidak mempunyai daya usaha tidak menghasilkan kejayaan mahupun kegagalanNamun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. John C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.
UTeM hargai jasa Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah
MELAKA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan menerima ijazah kehormat pada Majlis Konvokesyen kelima Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 3 Oktober ini.
Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, Dr. Mahathir akan menerima ijazah kehormat Doktor Pembangunan dan Pengurusan Teknologi manakala Dr. Siti Hasmah pula dianugerahkan Doktor Pembangunan Komuniti.
Menurut beliau, pemilihan Dr. Mahathir sebagai penerima anugerah khas itu mengambil kira jasa bekas Perdana Menteri itu dalam bidang pendidikan di negara ini.
Selain itu, katanya, penganugerahan itu juga sebagai penghargaan tertinggi universiti itu kepada Dr. Mahathir yang banyak berjasa ketika menerajui Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing.
''Beliau adalah tokoh yang tidak pernah berputus asa membangunkan negara selain meningkatkan pencapaian bidang pendidikan.
UTeM MENERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN MENTERI REPUBLIC OF NAMIBIA
Pada Khamis, 25 Jun 2009, UTeM telah menerima kunjungan Hon. Pohamba P. Shifeta (M.P) Timbalan Menteri Belia, Perkhidmatan Negara, Sukan dan Belia. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pendidikan dan kursus yang diadakan di UTeM. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah telah menerima lawatan ini dan menyampaikan taklimat berkenaan pembangunan kampus, akademik dan penyelidikan. Timbalan Menteri Namibia yang diiringi oleh empat delegasi kanan Kerajaan Republic of Namibia sangat berminat dengan kursus kejuruteraan elektrik, komputer dan teknologi maklumat. Beliau berhajat untuk menghantar beberapa pegawai di peringkat pelaksanaan untuk mengadakan perbincangan lanjut dan amat berharap UTeM dapat membantu beberapa universiti di Namibia. Timbalan Menteri juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan dan turut mengadakan perbincangan dengan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer dan Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pihak UTeM berharap lawatan ini akan menjadi permulaan kerjasama antara Republic of Namibia dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. |